‘Pelukan Dia Sangat Erat Dengan Cium Berkali-Kali Seolah-Olah Tahu Dia Akan P3rgi…’

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dikhu4tiri l3mas selepas dibawa arus ketika bermandi-manda di Sungai Perak berdekatan Kampung Loh, Karai dekat Sungai Siput bersama ahli keluarganya.

Trag3di bermandi-manda

Menerusi laporan yang dipetik daripada Sinar Harian, ketika kejadian mangs4 yang dikenali dengan nama Mohd Danish Irfan ada bersama-sama abang kembar serta kakaknya berusia tujuh tahun, dua saudara lain telah ditemani ibu saudara berusia 27 tahun. Tetapi m4langnya, keseronokan mereka untuk bermandi-manda di sungai bertukar kepada satu trag3di p4hit.

Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri telah menerima laporan berhubung dengan ins1den itu. Mereka kemudian menghantar 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Siput dibantu BBP Kuala Kangsar ke lokasi pencarian. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihak polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan nelayan darat turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pelukan sangat erat

Sementara itu, bapa mangs4 iaitu Mohd Baharudin Mohd Nor juga turun padang dalam membantu mencari anak bongsunya itu. Menceritakan kisah itu, Mohd Baharuddin memberitahu dia sudah pun mel4rang mereka untuk ke sana memandangkan anak-anaknya itu sudah dua hari turun bermandi-manda di sungai.

Saya sendiri bimbang keselamatan mereka. Keadaan arus sungai ini tidak menentu kerana semalam, keadaan airnya cetek dan air tenang.

Lebih mem1lukan apabila Mohd Baharudin memberitahu sehari sebelum kejadian, anak bongsunya yang disifatkan sebagai seorang yang ceria itu telah meminta untuk tidur bersamanya.

Dia minta tidur bersama saya malam semalam dan pelukan dia sangat erat dengan cium berkali-kali seolah-olah tahu dia akan pergi.

Sumber: Sinar Harian, Astro Awani, Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment on "‘Pelukan Dia Sangat Erat Dengan Cium Berkali-Kali Seolah-Olah Tahu Dia Akan P3rgi…’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*