Tercomel Sekali, Bella Astillah Dedah Nama Babyy Girl

Penyanyi dan pelakon Bella Astillah mendedahkan wajah anak keduanya.

Menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram, Bella turut mengumumkan nama puteri yang baru dilahirkannya pada  18 Julai lalu.

“Sangat berharga dan comel. Selamat datang ke dunia, puteri kecilku @araadreanna.

“Menjadi ibu membuatkan saya sangat penat dan sangat gembira! Saya rasa sangat bersyukur, Alhamdulillah,” tulis Bella di ruangan kapsyen.

Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu memuat naik gambar bersama dua orang anaknya yang diambil menerusi sebuah sesi fotografi.

Bella dan anak-anaknya kelihatan segak menyarungkan busana sedondon.

Dalam pada itu, Bella turut berterima kasih kepada ibunya, Eina Astillah yang menjahitkan baju untuk puteri kecilnya malam sebelum sesi fotografi diadakan.

“Terima kasih mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot.

“Mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you,” tulis Bella lagi.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia empat tahun.

Namun rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan sah bercer4ai pada Mei 2019 tetapi rujuk kembali dalam tempoh iddah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My very first post on Instagram with my mommy 🦋 I cant wait to see my daddy! . . Hello uncle aunty, you can call me Ara🤗

A post shared by Ara Adreanna (@araadreanna) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : GEMPAK/Berita Harian

 

Be the first to comment on "Tercomel Sekali, Bella Astillah Dedah Nama Babyy Girl"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*