“Bertentangan Ajaran Islam” – Akhirnya… Shiha Zikir Buka Mulut!

Penyanyi dan bintang Dansa Dan Sing, Shiha Zikir tampil memberi penjelasan tentang mesej sebenar yang disampaikan dalam video muzik lagu terbarunya, AEWO.

Menurut Shiha, dia menolak dakwaan segelintir pihak yang mengatakan video muzik tersebut mengandungi unsur bertentangan aj4ran Islam atau Ilumi11nati.

“Sebenarnya, dalam video muzik kali ini, saya hanya mahu mencipta kelainan dan tampil dengan imej berbeza berbanding sebelum ini, itulah yang saya bincangkan dengan pihak label terlebih dahulu.

“Tetapi, ada pihak yang mendakwa imej saya dan penggunaan props dalam video muzik lagu ini menyerupai Ilum1inati, kalau benar ia kelihatan sama, saya yakin itu hanya kebetulan.

“Solekan saya dalam muzik video itu hanyalah sekadar untuk membawa watak ahli sihi1r, sama juga kalau kita saksikan seorang pelakon yang membawa watak ahli si1hir dalam filem ser4m.

“Manakala, penggunaan lampu berbentuk segitiga sebagai props pula melambangkan huruf A yang juga huruf pertama dalam ejaan tajuk lagu terbaru ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Shiha, para peminat tidak harus memandang pada sudut negatif sahaja kerana mesej yang sebenar adalah untuk mengingatkan masyarakat agar menjauhkan diri daripada perbuatan syiri1k.

“Apa yang penting, mesej sebenar yang saya ingin sampaikan adalah jangan lakukan perkara syiri1k kepada Allah SWT. Mesej ini juga ada ditulis di penghujung video muzik AEWO ini.

“Watak ahli sih1ir yang saya bawa dalam video muzik ini hanyalah sekadar lakonan yang berdasarkan dunia realiti, saya sendiri ada mendengar kenalan yang mempunyai pengalaman disih1ir oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Sebab itulah kita jangan menilai sesuatu berdasarkan luaran, jangan fikir pada sudut negatif sahaja, saya pun tahu baik buruk, takkan lah saya mahu kelihatan seperti pengamal Ilumi11nati, jauh sekali untuk menyertainya,” katanya lagi.

Terdahulu, Pada 31 Julai 2020, Gempak telah menghubungi Shiha untuk mendapatkan penjelasan tentang imejnya dalam video muzik tersebut.

Namun ketika itu Shiha hanya mengatakan dirinya berada dalam keadaan baik dan enggan mengulas lanjut.

Video muzik rasmi AEWO mula ditayangkan di YouTube pada 5 Ogos lalu. Sehingga kini, video muzik ini telah mencecah 250 ribu tontonan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : GEMPAK/My Metro

Be the first to comment on "“Bertentangan Ajaran Islam” – Akhirnya… Shiha Zikir Buka Mulut!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*