Gara-gara watak antagonis, ‘Nurul Ain’ 7 Hari Mencintaiku 2 di4ncam simb4h as1d

KUALA LUMPUR – Gara-gara melakonkan watak antagonis Nurul Ain, pelakon Wafariena mengakui disel4r teruk oleh peminat drama rantaian terkenal 7 Hari Mencintaiku 2 di laman ­sosial.

Wafariena atau nama sebenarnya Wafariena Roslan, 25, memberitahu, rata-rata penonton drama popular tersebut meluahkan keb3ncian terhadap watak Nurul Ain menerusi komen dan mesej dalam semua akaun media sosial miliknya.

Katanya, kata-kata k3sat dan m4ki hamun memang banyak diterima tetapi yang paling teruk ialah gambar kaki yang seolah-olah memijak wajah Nurul Ain pada skrin televisyen.

“Saya pernah dim4rahi seorang wanita yang boleh dipanggil mak cik. Kejadian tersebut berlaku di restoran. Dia menvduh saya sebagai wanita perampas Khuzairi (watak Shukri Yahaya). Saya memang terkejut tetapi selepas cuba bertenang, saya okey.

“Saya berasa puas sebab kejah4tan dalam diam si Nurul Ain dapat dirasai semua penonton. Namun, ingin saya tegaskan di sini, yang jah4t bukan saya tapi hanyalah watak tersebut,” katanya kepada Kosmo! Ahad semalam.

 

Watak antagonis ‘Nurul Ain’ yang dilakonkan Wafariena.

 

Bagaimanapun, pelakon ber­dagu belah itu tidak akan ter­agak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya sel4ran dan ugvtan yang dite­rimanya sem4kin teruk.

“Saya ada juga terima kata-­kata berbaur ugvtan seperti ingin menyimb4h as1d ke muka. Saya risau juga kalau mereka betul-betul berniat begitu. Saya sedar, taksub cara orang zaman ini lain macam.

“Apa pun, saya akan sentiasa berjaga-jaga dengan segala kemungkinan dan berharap tidak berlaku sebarang perkara teruk kepada saya,” ujarnya.

Berkongsi tentang drama tersebut, pada awalnya Wafariena­ tidak menyangka watak Nurul Ain itu akan memberi impak besar kepada penonton drama itu.

“Di sebalik semua sel4ran itu, syukur kerana Nurul Ain menjadi trending dalam Twitter dan lakonan saya ditonton ramai walaupun hanya memegang watak sampingan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:kosmo @LepatPisang

Be the first to comment on "Gara-gara watak antagonis, ‘Nurul Ain’ 7 Hari Mencintaiku 2 di4ncam simb4h as1d"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*