“Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all”, ini kata2 Ketua polis Sg Buloh

Ketua polis daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar menggesa pihak media supaya mempercayai pihak polis dan berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan.

“Terima kasih sebab you all kerana percaya pihak polis. Kalau tak percaya pihak polis I tak mahu panggil lagi dah. Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all”

Beliau berkata demikian ketika mengakhiri lawatan mengejut ke satu premis jvdi di sini.

Terdahulu, beliau menafikan dakwaan pentadbir laman facebook Hot Burger Malaysia yang mengatakan tiada tindakan diambil terhadap premis judi berkenaan.

Boleh lihat di sini berapa lama benda ni mungkin mereka ini sudah tidak beroperasi sebenarnya. Potong, dan ambil tindakan, potong grill di belakang itu untuk kita masuk.

Serbuan kali terakhir dua minggu yang lepas. Jadi kalau dia kata kita tidak ambil tindakan itu adalah tidak benarlah.

Sebab pihak polis memang sentiasa akan ambil tindakan sekiranya disalurkan maklumat yang tepat kita akan pergi untuk pastikan bahawa tempat itu betul-betul tidak ada apa- apa kegiatan perjvdian.”

Tambahnya serrbuan sebelum itu sudah dilakukan sebanyak 8 kali sejak bulan may hingga bulan ogos.

“Kalau tak salah saya, dalam tempoh bulan itu sahaja, kita dah buat 8 serrbuan. Lepas itu kita akan pantau kalau ada maklumat kita akan pergi balik.

Selian itu, beliau juga berkata premis jvdi tersebut berulang kali membuka dan menutup premis.

“Yang ini (premis jvdi) dia berulang-ulang, buka tutup, buka tutup. Mungkin kita tengok bila kita buat serrbuan dia tutup. Lepas tu dia akan buka balik, bila dah slow dan sejuk dan sebagainya. Sindiket ini memang tidak akan putus. Dia akan bertukar-tukar”

Dalam pada itu, beliau meminta masyarakat memberi maklumat dan berjumpa dengan beliau.

“Masyarakat bagi maklumat, jumpa dengan saya sebab saya bersikap keterbukaan, dan saya bercakap tegas tentang perkara ini”

Lawatan mengejut tengah hari tadi dilakukan susulan tularnya satu video oleh pentadbir laman Hot Burger Malaysia yang mendakwa premis jvdi dan rkok seludup tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Ia disiarkan secara langsung di laman facebook Bernama TV.

Pada perkembangan yang sama. laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook ‘Asri Janggut’ , Pengasas dan Pengarah Eksekutif Founder Hot Burger Malaysia

Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar sebagai berkata , laporan dibuat seorang pegawai polis kerana mendakwa video itu adalah satu f1tnah sehingga mendatangkan keresahan dalam kalangan masyarakat dan menjatuhkan reputasi PDRM.

“Dalam video berkenaan juga didapati pemilik akaun berkenaan tidak berpuas hati atas tindakan peny1itaan ke atas gerai burger milik beliau yang dilakukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Pengadu merasakan video yang tular di media sosial berkenaan boleh menimbulkan f1tnah dan merosakkan imej pengadu sebagai Ketua Polis Balai Sungai Buloh, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, PDRM dan kredibiliti Ketua Polis Selangor,”

Penduduk setempat tampil pertahankan peniaga burger

Seorang penduduk setempat tampil mempertahankan pemilik Hot Burger Malaysia yang membangkitkan isu kegiatan perjudian di beberapa unit kedai dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh, semalam.

Menurut Azlan Zambry, apa yang dinyatakan dalam video tersebut benar-benar berlaku malah kedai rokok seludup milik warga Acheh itu dipercayai telah beroperasi di lokasi tersebut lebih 30 tahun.

“Apa yang berlaku dan dinyatakan adalah perkara benar. Sebagai contoh, kedai rokok Acheh yang dipaparkan di dalam video itu beroperasi lebih 30 tahun. Tidak pernah berusik!,” katanya menerusi Facebook.

Azlan menambah, dia hanya mahu menyatakan kebenaran dan tidak berniat untuk mengganggu siasatan polis.

“Saya tidak berniat mengganggu siasatan polis, tetapi ia perkara benar yang tidak perlu disangkal selain isu kedai judi yang wujud.

“Malah saya pernah menyaksikan insiden rompakan dan tetakan yang berkaitan dengan kedai judi tersebut,” ujarnya.

Video yang tular di Sungai Buloh adalah kawasan rumah dan tempat saya membesar..Apa yang berlaku dan dinyatakan adalah…

Posted by Azlan Zambry on Saturday, August 8, 2020

“Saya teranc4m” – Peniaga burger tular rakam aktiviti har4m di Sg Buloh

“Bismillah.. penjelasan saya selepas sidang Media ketua polis daerah Sungai Buloh… saya amat amat mengharap sokongan tuan2 semua.

“Saya dah bagi maklumat,video dari bulan may 2020, tetapi tiada sebarang tindakan, tuan2 nak saya mengadu kat bahagian mana lagi?peringkat daerah? Peringat negeri? Peringkat Bukit Aman? Saya sedar nyawa saya terancam, saya harapsesuatu perlu dilakukan dengan lebih tegas

Mungkin akan dibvnuh

“Bismillah… dengan pendedahan ini saya mungkin akan di unuh… jika saya m4ti dibnuh saya harap tuan2 tahu siapa punya angkara… mari saya tunjukkan bagaimana MBSA pilih bulu, anda nilai lah sendiri intergriti ketua MBSA Cawangan Sungai Buluh.

” Bismillah… MBSA cawangan Sungai Buloh angkut stall lagi … pilih bulu antara peniaga tempatan dan peniaga asing, peniaga asing jarak hanya 50 meter,dirikan khemah,jual rokok seludup,kedai mesin judi bersepah keliling pejabat MBSA Sungai Buloh langsung tidak diusik.. harap bahagian integriti mbsa , boleh buat si4satan terhadap ketua kawasan MBSA cawangan Sungai Buloh… saya akan ke Sprm

“Nanti saya akan kongsikan video .. saya harap ketua polis negara dapat membuktikan pangkat dan kuasa yang Allah pinjamkan digunakan dengan penuh amanah dan berani…

Sebelum ini Ddua video yang tular menerusi laman sosial Facebook atas nama akaun Hot Burger Malaysia semalam, mendedahkan mengenai kegiatan premis mesin jvdi dan aktiviti penjualan rkok selvdup dan operasi perniagaan haram dalam kalangan warga asing.

Satu video berdurasi 13.28 saat sudah ditonton oleh 3.6 juta orang selepas 18 jam disiarkan, satu lagi video berdurasi 8.29 saat ditonton oleh 1.4 juta penonton.

Rata-rata netizan memuji tindakan berani penjual buger ini

“Bagus tindakkan berani yang harus dipuji bukti dah ada tak payah takut dan gentar. PPIM tolonglah saudara kita yang mengalami kesusahan ketika ini. Semoga di permudahkan segala urusan.

” Betul kedai rkok seludvp tu dah bertahun, saya pindah sini pun dah 4 thn kdai tetap operasi macam biasa, geng2 dia tepi goreng pisang berhadapan kfc bandar baru sg buloh, satu lgi Dpn rumah org lorong 1A/5, tepi kedai Asam pedas stor acah jual sabun itu pun ada… Smua jual rokok seludup

“Sahabat mari support hot burger . Yg baik kita sokong

Insyaallah brother ni di pelihara dan dipermudahkan

Mohon pdrm dan sprm ambil tindakan sewajar nyer.RASUAH perosak negara!

” Semoga usaha abg asri ni diberkati Allah swt.Pihak berkuasa selalu mintak rakyat bersama dgn mereka..tp bila rakyat dh meluat nanti dan tak mau kerjasama jgn amik hati..

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : MB/My Metro

Be the first to comment on "“Kena percaya kita lah, kita kan jaga you all”, ini kata2 Ketua polis Sg Buloh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*