Kisah 2 wanita cantik teman bapa jual daging. Ini pekerjaan sebenar mereka

Dalam situasi PKP yang semakin mencabar ini, pelbagai inisiatif di lakukan oleh anak-anak muda demi mencari sesuap rezeki untuk menampung kehidupan. Pelbagai strategi dan teknik pemasaran digunakan demi melariskan produk yang dijual. Dari teknik mulut manis melayan pelanggan ketika menjual sehinggalah teknik meletak wanita cantik untuk membantu melariskan jualan

KEHADIRAN dua wanita cantik yang kelihatan tidak kekok berniaga daging di sebuah gerai ternyata mencuri perhatian ramai.

Mula tular sewaktu Hari Raya Aidiladha tempoh hari, dua beradik itu kini dihujani pelbagai mesej daripada orang ramai yang mahu tahu lebih lanjut mengenai perniagaan berkenaan.

Kata Farah Hatim, 24, dia dan kakaknya, Nor Fisah, 32, hanya membantu bapa mereka iaitu Mat Saad Abdullah, 79, berniaga daging hanya dua kali setahun.

“Sebenarnya ayah saya jual buah di gerai tu, rasanya dah 28 tahun ayah berniaga. Cuma dia akan jual daging sewaktu raya haji dan raya puasa je.

“Di sebelah gerai ayah pula, arwah mak saya berniaga makanan. Tapi dah empat tahun mak meninggal dunia. Kiranya kami adik beradik memang dah terbiasa berniaga.

Jual Baju Online

“Sekarang dah tak jual daging. Tapi sampai hari ni kami masih menerima banyak mesej. Orang tanya nak beli daging dan saya terpaksa jelaskan perkara sebenar,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Farah, dia yang mengusahakan perniagaan fesyen secara dalam talian mengakui bersyukur apabila kisah mereka sekeluarga menjadi perhatian ramai.

Malah, dia melihat pendedahan itu sebagai satu perkara positif yang membuka ruang dan peluang untuk dia mengembangkan lagi perniagaan sedia ada.

“Bila dah viral, ramai tanya pasal daging. Saya pun ada plan dengan kakak untuk cari satu tapak buat ayah, boleh jaga lembu dan jual daging.

Tak hina pun kerja macam ni. Benda tak jijik pun, antara rajin atau tidak je.

“Jadi tak perlu dia jual buah lagi, fokus pada jual daging je. Kami terfikir untuk luaskan perniagaan tu, bukan setakat waktu raya je.

“Ayah pun memang minat ternak lembu. Sebab rezeki orang dah mula kenal, boleh tolong ayah. Rasa syukurlah, sedikit sebanyak boleh tolong keluarga,” katanya lagi.

Bercerita mengenai dia dan kakaknya yang menjadi perhatian ramai, Farah akui tiada apa yang aneh untuk golongan wanita berkecimpung dalam perniagaan daging.

Malah katanya, dia dan adik-beradik sudah diajar berniaga sejak kecil dan cukup faham mengenai kesusahan untuk mendapatkan wang bagi menyara kehidupan.

“Saya juga nak tunjuk agar anak muda lain ikut apa yang kami buat. Maksudnya, tak hina pun kerja macam ni. Benda tak jijik pun, antara rajin atau tidak je.

“Saya memang dari dulu keluarga ajar hidup susah, bagaimana caranya untuk berniaga dan sebagainya. Jadi memang tak ada rasa kekok.

Kata Farah, dia langsung tidak segan untuk berniaga daging.

“Dulu zaman belajar, habis sekolah terus terus ke gerai, tak balik rumah. Begitulah kami dididik sejak kecil,” ujarnya lagi.

Ramai tegur pakaian

Selain pujian positif atas usaha gigih dia dan kakak, Farah mengakui tidak terlepas menerima teguran mengenai pemakaian mereka.

“Orang tegur mengenai pakaian, aurat… betullah tu. Tak apa, kami ambil secara positif.

Selain Farah, kakak dan abangnya turut membantu perniagaan bapa mereka.

“Ada yang m4ki-m4ki pun kami tak kisah, itu mulut orang. Yang penting niat kami nak bantu ayah. Selain saya dan kakak, abang juga ada bantu di gerai,” katanya lagi.

Kata Farah, gerai bapanya terletak berhampiran kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kepala Batas, Kedah.

Malah, kediaman mereka juga terletak hanya lima kilometer dari lokasi itu.

Berikut pula pelbagai reaksi dari netizan

“Bgus adik bradik ni tolong abah dia jual dging lembu…apasal pla ptikaikan pmakaian drang pla..ko nak beli..beli ja la bro.

.tak payah nak cakap itu ini..dosa drang sdri tanggung..buat jahat d cakap..buat baik pun d cakap…apapun sbnarnya yg korang ckp2 tu dtang dri mata trus ke OTAK…CARA OTAK MENILAI ORG..SITU DAH JELAS..SIKAP SEBNAR INDIVIDU TU..MINDSET…KALAU BIASA FIKIR YG BAIK2 AKAN KLUAR JGA KATA2 YG BAIK2..

“Kesimpulannya aurat mu terbuka Bukan kesimpulan jgn malu mencari rezeki hmm

“Tau la bapa dia mgajar anak dia camana..tak payah nak susah2 ckp itu ini..esok2 ko ada anak..haaaa.anak ko lagi dasyat baru ko tau..cakap bleh smbrang cakap…mnilai org bkan dri cara dia bpakaian..tapi hati budi…pakai tutup habis pun hati blum tau baik

Cik Kartun Omey juga turut memanjatkan rasa bersyukur atas kurnian rezeki dan sempat berkongsi gambar bersama Abah dan mendoakan suapaya Abah dipanjangkan umur dan selalu mendapat rezeki seperti itu untuk setiap tahun

“Alhamdulillah….syg abah…semoga Abah dipnjangkn umur..n dpt mcm ni ngn abah setiap tahun”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : My Metro

 

Be the first to comment on "Kisah 2 wanita cantik teman bapa jual daging. Ini pekerjaan sebenar mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*