SPRM tahan 3 Pegawai MBSA, Sekali Datuk Bandar Shah Alam Komen

Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) telah menahan tiga pegawai penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai mengutip dan menerima r4suah secara bulanan bagi melindungi premis-premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sg Buluh.

Menurut sumber, dalam operasi yang dijalankan bermula jam 9 pagi tadi tiga pegawai penguatkuasa berusia antara 41 tahun hingga 49 tahun ditah4n di ibu pejabat SPRM Putrajaya, ketika dipanggil memberi keterangan. Dua penguatkuasa dari Cawangan Sg. buluh dan seorang daripada MBSA Shah Alam.

SPRM turut menahan peniaga r0kok selvdup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video tersebut kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan dan akan diserahkan kepada pihak Imigresen bagi tindakan lanjut. Menurut sumber, peniaga ini telah beroperasi sejak tahun 2019. Beliau dikatakan membayar wang r4suah sebanyak RM300.00 sebulan kepada penguatkuasa bagi mengelakkan sebarang tindakan.

Tangkapan ini susulan pendedahan yang tular dua klip video di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang selain dikatakan menerima r4suah daripada premis-premis perniagaan tanpa lesen yang menjalankan h4ram termasuk penjualan r0kok seludup dan aktiviti perjvdian di sekitar Sungai Buloh.

MBSA tidak akan melindungi kakitangan tidak berintegriti

MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak akan dan tidak pernah melindungi mana-mana kakitangannya yang tidak berintegriti terutamanya membabitkan r4suah.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Haris Kasim berkata, penjawat awam yang melakukan kesalahan jen4yah akan berhadapan hukuman tatatertib termasuk dibuang kerja.

“MBSA akan memvberi kerjasama penuh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha menangani isu ini.

“Semalam MBSA juga sudah mengadakan mesyuarat dengan SPRM berhubung perkara ini.

“Saya tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan yang tidak berintegriti,” katanya ketika mengulas penah4nan tiga pegawai penguat kuasa MBSA Cawangan Sungai Buloh kerana dipercayai menerima r4suah.

Haris berkata, bagi kes penahanan tiga pegawai penguat kuasa itu, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

“Ia dah jadi kes SPRM. Biar SPRM sias4t dan kalau betul, ada kes mereka akan didakwa,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bertindak lebih tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terbabit dengan kesalahan seumpama itu.

“Ini soal integriti, dari semasa ke semasa saya kerap memberikan peringatan dan amaran dalam pelbagai platform,” katanya.

Terdahulu, SPRM dilaporkan menahan tiga pegawai penguat kuasa MBSA kerana dipercayai mengutip dan menerima rasu4h secara bulanan bagi melindungi premis perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen di sekitar Sungai Buloh.

Jumlah r4suah bulanan

Tambah sumber, penguatkuasa yang ditahan dipercayai menerima r4suah antara RM300.00 ke RM3,500.00 sebulan bagi sebuah premis perniagaan. Ini termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan r0kok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

Ada Pengkh1ianat

Ada juga yang berperanan sebagai pengkhianat dengan membocorkan maklumat berhubung operasi-operasi yang akan dilaksanakan. Ini menyebabkan setiap operasi yang dijalankan gagal dan telah diketahui awal oleh peniaga-peniaga har4m ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak ianya kutipan r4suah secara sindiket di kalangan anggota penguatkuasa.

Beliau menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat lanjut berhubung aktiviti r4suah di kalangan penguatkuasa untuk tampil memberikan kerjasama. Identiti dan maklumat pemberi maklumat akan dilindungi sepenuhnya.

Sias4tan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. Kesemua yang dit4ahan akan dihadapkan ke Mahkamah bagi perbicaraan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/ My Metro

Be the first to comment on "SPRM tahan 3 Pegawai MBSA, Sekali Datuk Bandar Shah Alam Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*