“Mata mak makin kabur, kerap menangis lepas 4rwah pergi selamanya” Ali Puteh luah keadaan ibunya

Ramadan tahun ini pasti berbeza buat keluarga Ali Puteh tanpa kehadiran abangnya, Allahyarham Abam Bocey. Berkongsikan keadaan ibunya, Sabariah Arshad, Ali berkata ibunya teringatkan Abam setiap kali hendak berbuka puasa.

Menurut Ali, ibunya pasti akan termenung ketika berbuka puasa. Ali berkata bukan sahaja ibunya, malah mereka sekeluarga turut merindui dan terbayangkan arwah ada bersama apabila waktu berbuka.

“Setiap kali hendak berbuka puasa, emak mesti termenung. Bukan emak sahaja, kami sekeluarga rindu kehadiran arwah terutama pada bulan Ramadan.

“Namun, semua tinggal kenangan. Tahun ini, memang terasa janggal kerana kurang seorang dalam anggota keluarga kami. Apabila tiba waktu berbuka puasa, bagaikan terbayang arwah ada bersama.

“Melihat emak yang sentiasa termenung, lagilah sedih. Apa yang boleh saya katakan kepada emak hanyalah meminta dia mendoakan kesejahteraan arwah dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Kesihatan mak makin merosot

Dalam pada itu, Ali memberitahu kesihatan ibunya semakin merosot semenjak Allahyarham abangnya pergi. Malah, penglihatan ibunya semakin kabur mungkin kerana kerap menangis kerana rindukan Abam.

“Sebelum ini, emak ada masalah kaki sehingga terpaksa dibedah. Sekarang, penyakit lamanya datang kembali. Kaki menjadi bengkak sehingga terpaksa duduk di kerusi roda setiap masa.

“Penglihatan emak juga semakin kabur akibat kerosakan kornea. Mungkin ini berpunca apabila dia kerap menangis selepas pemergian arwah.

“Sebelum ini, arwah kerap membawanya ke hospital untuk rawatan mata. Insya-Allah selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat, saya akan membawa emak berjumpa doktor,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua..Ramadhan bakal Tiba esok Hari..tiada ape yg mampu terungkap..kehilangan YG sgt dirindui..sebelom ni setiap Kali Tiba Bulan ramadhan..angah yg paling sibuk didapur memasak juadah berbuka untuk kite sekeluarga..tapi Kali ini berbeza sgt bang..sangat2 berbeza…kau tiada lagi bang..pergi Dan takkan kembali..Masih tersemat dijiwa ini YG kau Masih bersama Kami…kite berniaga bazar Ramadhan bertahun2 lamenye..Dari kite susah smpi lah sekarang..angah rindukan setiap gerak Geri kau..abangggg!!! Esok puasa dah..Kami sekeluarga berpuasa Tanpa kau buat Kali pertama bang..Allahu…sayup hati ini YG merindui mu wahai abang…tenang Di Sana ye bang bermain bersama ainul mardhiah

A post shared by SYED ALI MUBARRAK AL JUFRI (@aliputeh_official) on

 

Sumber: rotikaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Be the first to comment on "“Mata mak makin kabur, kerap menangis lepas 4rwah pergi selamanya” Ali Puteh luah keadaan ibunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*