Hantar Sendiri Makanan Depan Pintu Selepas Dapat Tahu ‘Order’ Tak Sampai, Fazley Yaakob Tunai Hasrat Ibu Mengidam

 

MEMAHAMI keinginan ibu mengandung, penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob mengambil inisiatif membuat penghantaran terus kepada pelanggan yang mengidam untuk merasai air tangan juadah restoran miliknya, Minang Kapau.

Menurut Fazley, 43, pesanan pelanggan tersebut mengalami masalah teknikal menyebabkan ia tidak masuk dalam sistem tempahan restorannya.

Bersimpati dengan nasib ibu hamil, Fazley menghantar sendiri makanan yang dipesan wanita tersebut ke kediamannya yang mengambil masa kira-kira 45 minit pada malam Selasa.

“Semalam ada masalah teknikal dengan sistem tempahan/delivery di restoran saya. Ada beberapa pelanggan yang buat order tetapi ia tidak sampai ke pihak restoran.

Perkongsian Fazley di Instagram.

“Bila seorang pelanggan kata order dia tak sampai-sampai dah waktu Isyak. Dia seorang yang mengandung dan sangat mengidam makanan dari restoran saya.

“Saya terkesan dan berusaha juga walaupun kitchen dah tutup untuk siapkan makanan dan bergegas hantar kepada dia,” kata Fazley.

Fazley mengharapkan usaha kecilnya itu dapat memberikan senyuman kepada wanita tersebut selain turut memohon maaf disebabkan masalah teknikal yang berlaku di restorannya.

 

Dia seorang yang mengandung dan sangat mengidam makanan dari restoran saya.

DATUK FAZLEY YAACOB

PENYANYI, CEF SELEBRITI

“Sebagai seorang bapa kepada empat orang anak dan seorang suami, saya faham sangat emosi seorang ibu mengandung… saya mohon maaf kepada dia dan moga makanan semalam masih panas dapat dinikmati.

“Kepada semua peniaga makanan, tidak kira apa pun berlaku, jangan semudah itu salahkan pelanggan.

Fazley bersama isteri dan anak-anak.

“Kita cuba sedaya upaya selesaikan masalah, selagi ia berpatutan dan munasabah,” ujarnya.

Penyanyi lagu Asmara Ini itu mengusahakan sebuah restoran Minang Kapau yang terletak di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Restorannya menghidangkan pelbagai juadah lauk pauk popular dari Negeri Sembilan antaranya Telur Itik Masak Lemak Cili Api dan Ayam Sambal Hijau.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar

Be the first to comment on "Hantar Sendiri Makanan Depan Pintu Selepas Dapat Tahu ‘Order’ Tak Sampai, Fazley Yaakob Tunai Hasrat Ibu Mengidam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*