Selepas dilantik PM ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassuin terima kata-kata ‘hikmat’ dari bekas perdana menteri Malaysia

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman bersama ahli keluarganya melambai ke arah petugas media sebelum membuat kenyataan media berkenaan Perdana Menteri ke 8 di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.

“Selamat berkhidmat,” kata bekas Perdana Menteri itu ringkas menerusi hantaran di Facebooknya.

Muhyiddin, 73, pernah menjadi timbalan kepada Najib sebelum dipecat pada tahun 2015 susulan kes 1Malaysia Development Berhad.

Tempat Muhyiddin itu kemudian digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pada itu, Tan Sri Noh Omar pula dalam hantaran di Facebooknya melahirkan rasa sebak dengan keikhlasan Najib yang menandatangani undi percaya menyokong Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri demi agama, bangsa dan negara.

Menurut beliau, Najib jelas seorang pemimpin berjiwa besar. – MalaysiaGazette

Majoriti Muhyiddin bakal diuji di parlimen

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dijangka mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan esok selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa pelantikan itu.

Bagaimanapun, jumlah sebenar sokongan Muhyiddin dalam Dewan Rakyat masih menjadi persoalan dan boleh dicabar oleh ahli parlimen pada sidang parlimen seterusnya, iaitu pada 9 Mac ini.

Bekas speaker Parlimen Pandikar Amin Mulia sebelum ini berkata Peraturan Mesyuarat tidak menggariskan bagaimana usul tidak percaya dapat dilakukan dan dilaksanakan.

Bagaimanapun, keyakinan terhadap perdana menteri boleh diuji dengan meluluskan usul atau rang undang-undang.

Sebagai gabungan baru, langkah pertama yang biasa diambil apabila parlimen bersidang adalah mencadangkan usul untuk menggantikan speaker yang dilantik PH sebelum ini, Mohd Ariff Yusof.

Usul itu mungkin akan dibentangkan selepas Yang di-Pertuan Agong berucap di parlimen pada 9 Mac, atau keesokan harinya.

Sekiranya usul itu dikalahkan, ini bermakna Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti.

Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan kemudian menyatakan bahawa apabila seorang perdana menteri kehilangan sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat, dia mesti meletak jawatannya melainkan jika Agong memutuskan untuk membubarkan parlimen.

Bagaimanapun, Muhyiddin boleh menangguhkan perkara itu.

Perkara 55 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Agong boleh menangguhkan parlimen. Sebagai perdana menteri, Muhyiddin boleh menasihati Agong berbuat demikian.

‘Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah…’ – Azmin

“ALHAMDULILLAH, Alhamdulillah, Alhamdulillah.” Itu ucapan ringkas bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Mohamed Azmin dilihat tersenyum keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 5 petang hari ini.

Selain Mohamed Azmin, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil.

“Alhamdulillah. Kerja keras kita selama seminggu berjaya angkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,” katanya. –SUMBER

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Selepas dilantik PM ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassuin terima kata-kata ‘hikmat’ dari bekas perdana menteri Malaysia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*