“Saya tersepit..” akhirnya Aliff Syukri buka mulut jelaskan keadaan dan apa yang terjadi

Sebagai ibu bapa yang telah mengambil anak angkat mereka haruslah bertanggungjawab dan amanah dalam dalam medidik dan membesarkan anak tersebut sehingga mereka mampu berdikari serta pandai menyara diri.

Janganlah ibu bapa memilih kasih atau keliru dalam peranan masing-masing semasa membesarkan anak angkat kerana tanggungjawabnya sama seperti menjaga anak sendiri.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan meskipun diasak dengan pelbagai soalan berhubung d4kwaan dia melakukan pender4an terhadap anak angkatnya, baru-baru ini.Aliff berkata, tindakannya mengunci mulut daripada mengeluarkan kenyataan adalah kerana bimbang jika ianya meng4nggu si4satan polis.

“Di sini apa yang boleh saya cakap isu saya ini masih dalam siasatan polis lagi. Apa-apa pun terima kasih atas kerjasama pihak media memberikan perhatian kepada isu saya ini. Saya bukan tak nak komen tapi saya tersepit… sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi kes polis.Biarlah mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Sementara itu, Aliff meminta netizen tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini dan memberi ruang kepada pihak berwajib menjalankan siasatan.”Saya harap supaya masyarakat terutama netizen berhenti membuat sebarang spekulasi… biar orang yang sepatutnya buat kerja,” ujarnya.

Sebelum ini, Aliff did4kwa memkul anak angkatnya bernama Aminah Alip Shah dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu. Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melap0rkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut.

Suspek dikatakan memkul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak terbabit semasa mahu merakam gelagatnya m3nangis untuk kandungan YouTube.

Terdahulu, tular salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah. Malah, Instagram usahawan kosmetik itu turut mula dib4njiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini.

Pada Khamis lalu, pihak p0lis mengesahkan sudah menahan Aliff bagi membantu si4satan. Bagaimanapun, Aliff dibebaskan dengan j4minan p0lis pada hari sama.

Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri juga telah diminta menyerahkan kanak-kanak itu di bawah jagaan pembantu peribadinya buat sementara.

 

Kredit: MstarOnline

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "“Saya tersepit..” akhirnya Aliff Syukri buka mulut jelaskan keadaan dan apa yang terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*