“Makanan tak menyelerakan” ini sebab kenapa wanita ini rasa ‘tak pu4s hati’ kena ku4rantin kat hotel 5 bintang

Sebelum ini viral, kerajaan menyediakan tempat kuarantin mewah di hotel 5 bintang bagi mereka yang baru pulang dari luar negara.

Pasti ramai yang merasa ‘jealous’ dengan layanan dan perkhidmatan yang disediakan kepada golongan ini. Namun tidak bagi seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Alice, 36 tahun.

Bilik bagai penjara tanpa kad kunci

Alice yang merupakan seorang perunding IT di UK, tiba di KLIA pada pagi Ahad sebelum dia disembur dengan semburan nyahjangkit dan dibawa ke hotel tersebut, lapor FMT.

“Saya harap mereka benarkan kami berjalan di koridor dari semasa ke semasa, supaya kami dapat melakukan sedikit senaman,”

Namun dakwanya, mereka tidak dibenarkan keluar dari bilik walau untuk mendapatkan makanan.

Katanya makanan diletakkan di luar pintu bilik dan perkhidmatan bilik tidak dibenarkan meskipun Badan Pengurusan Bencana Nasional (Nadma) membenarkan memesan makan di luar waktu makan biasa.

“Makanan yang disediakan tidak menyelerakan, sayur-sayuran yang terkulai dan potongan buah-buahan dalam tin. Sementara minuman pula, Alice diberi 7 botol kecil dan ia akan ditambah seminggu sekali.”

“Bilik tidak besar dan anda tidak banyak berjalan. Saya tidak boleh memesan perkhidmatan bilik, dan saya sangat ‘jet lag’.”

Katanya hari ini merupakan hari ketiga dia disana, dan dia hampir tidak dapat bertahan. Malah katanya, hanya ada 5 saluran sahaja di televisyen yang kebanyakannya melaporkan mengenai coronavirus.

 

Sumber: Lobak Merah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda. 

Be the first to comment on "“Makanan tak menyelerakan” ini sebab kenapa wanita ini rasa ‘tak pu4s hati’ kena ku4rantin kat hotel 5 bintang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*