Kecantikan seniwati lagenda Sarimah Ahmad tetap mempesonakan hingga sekarang walaupun usia sudah cecah 78 tahun

Masyarakat Malaysia sehingga kini masih disajikan dengan hiburan hasil karya Tan Sri P.Ramlee. Sememangnya sangat diakui karya-karya beliau sangat berkesan menyampai masej sehingga ke akhir ini.

Dato Hajjah Sarimah Binti Ahmad ataupun lebih mesra dengan panggilan Sarimah Ahmad antara seniwati lagenda filem melayu klasik yang berlakon dibawah arahan P.Ramlee sendiri. Bahkan, kebanyakan potongan dialog hasil lakonannya masih lagi meniti dibibir kalangan rakyat Malaysia.

Umur dah 78 tahun, tetap cantik macam dulu!

Sarimah Ahmad juga terkenal dengan kecantikannya ketika beliau berada diusia mudanya. Wajahnya sering kali menawan hati penonton sehingga kini.

Di Twitter, salah seorang cucu kepada seniwati lagenda ini memuat naik fotonya yang terbaru dan semestinya telah meraih perhatian para pengguna laman tersebut.

“Ya Allah cantiknya…”

Ramai mengakui bahawa, kecantikan Sarimah Ahmad sehingga kini tetap sama malah tiada bandingnya. Di ruangan komen, netizen dilihat meninggalkan kata-kata pujian terhadap kecantikannya dan juga selingan dialog popular oleh Sarimah Ahmad.

Teringat2 dialog dia…

Tok Sarimah lawa gila muda2 dulu…

Masih cantik seperti dulu

Cantik sangat! Semoga dipanjangkan usianya

 

Sumber: Twitter via hmtpress

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Be the first to comment on "Kecantikan seniwati lagenda Sarimah Ahmad tetap mempesonakan hingga sekarang walaupun usia sudah cecah 78 tahun"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*