Penyanyi ‘Ala Ala Tok Jangan Saman’ Poe men1nggal dunia – “Arw4h beritahu dia rasa lain… katanya macam dah nak habis dah!”

PENYANYI yang popular dengan lagu Ala Ala Tok Jangan Saman, Poe menghembuskan n4fas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 12.30 tengah hari, Jumaat.

Menurut isterinya Nor Aisyah Zakaria, Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 64, men1nggal dunia akibat komplikasi p3nyakit jantung, buah pinggang dan hati yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

“Sebenarnya minggu lepas dia sudah dimasukkan ke Hospital Selayang dan kelmarin doktor baru benarkan balik rumah tapi semalam keadaan kesihatan dia agak merosot, kaki membengkak… jadi anak menghubungi ambulans untuk bawa ke hospital.

“Memandangkan rumah kami berdekatan dengan HKL, jadi dia terus dihantar ke sana… keadaan kesihatan arw4h nampak semakin t3ruk.

“Arw4h sempat beritahu dia rasa lain… katanya macam dah nak habis dah! Mungkin sebab dia s4kit, jadi kita pun tak fikir sangat. Tapi memang betul, dia pergi selamanya,” katanya kepada mStar.

Poe bersama isteri Nor Aisyah.

Sementara itu, Nor Aisyah memberitahu Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak dalam masa terdekat.

“Jenaz4h baru sahaja selesai ujian saringan Cov1d-19, semua urusan akan diselesaikan di hospital sahaja dan akan dikebumikan secepat mungkin,” ujarnya.

Allahyarh4m men1nggalkan seorang balu dan lima anak.

Pada 2016, b3kas anggota kumpulan Rampa ini pernah dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat serangan angin ahmar.

Kumpulan Rampa yang ditubuhkan pada 1984 merakamkan tiga album, Dunia Materialistik (1984), Apa Macam? (1985) dan Antara Kita Dengan Iblis Dan Syaitan (1986). Antara lagu popular kumpulan duo ini adalah Joyah, Jelaskan, Jemputan Kahwin, Hentam Saja dan Pilihlah Daku.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:Mstar

Be the first to comment on "Penyanyi ‘Ala Ala Tok Jangan Saman’ Poe men1nggal dunia – “Arw4h beritahu dia rasa lain… katanya macam dah nak habis dah!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*